YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 27, 2014

I Am Like That

Assalamualaikum,


       Lately, there were a lot of things that I weren't satisfied of myself. I've myself acted like a brat. I've complained a lot of things even they were good for myself. I am very sensitive. Even with a slightest thing I can be sad. I get mad easily. I don't like it when people care about me because I fel like they were faking it. And mostly, I easily get mad with my parents. Sometimes, I would fire people with my harsh words. I only care about my feelings. I get bored easily. I even hate myself for nothing. I cried easily. I frequently think to myself that I was good for nothing. I want to disappear. I want to go far away from this place.
     
       I don't know why I am like this. Maybe it's because I've done a lot of sins. Yes, I am a sinner but I complained others. I don't want to hurt people around me. I've done enough. Now I'm holding myself in, so I won't hurt others and me myself.






Saturday, June 7, 2014

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum.

Hai, aku menyemak lagi. Esok dah kena balik maktab jadi ini mungkin kali terakhir. Mungkin kali terakhir aku update sampailah nunnn cuti raya nanti. Ahhhh, takut gila bila fikir. Trial dan SPM semakin mendekat.

Aku nak cerita pengalaman aku pergi kenduri siang tadi. Lepas ambil makanan semua, aku (yang ditugaskan cari tempat duduk) point out lah pada satu meja ni. Pusing roundabout semua sampai kat meja tersebut mak aku tanyalah sorang perempuan yang duduk kat situ,

"Adik, kerusi semua ni ada orang ke tak?"

"Tak ada. Duduklah,"

So, kitorang nak duduklah, letak semua kotak tisu dan bekas-bekas buangan orang sebelum kami ke tepi, dah prepare nak duduk ni, tiba-tiba makcik depan meja kami bangun,

"Hoi, ni meja orang lainlah. Tak nampak ka? Kan depa pi ambik ayaq tu, satgi depa mai baliklah!" jerkah makcik tu. Dia siap ambil pinggan yang ada atas meja tu sampai hempas-hempas lagi.

Hah! Semua orang di sekeliling tu tengok. Memang syok pun jadi bahan tontonan awam. Guwa ni pun bukanlah sopan-santun, berbudi bahasa sangat bila jumpa dengan orang biadab macam tu. Rasa gatal je mulut ni nak jawab. Ayah aku yang baru on the way nak duduk sekali kat situ pun terkesima gitu. Dan nasib baiklah bateri energy mak aku tak cas penuh. Karang, ada yang bergomol di situ. Hahaha, lawak jaa! Dan yang paling penting, ada dua orang je duduk kat meja yang boleh memuatkan sepuluh orang tu!

So, disebabkan aku tak dapat membebel tadi, meh sini aku nak membebel kepada sesiapa yang baca blog aku.  Kenduri kahwin tu dah satu benda yang baik(kalau diadakan dengan mengikut syarak). Janganlah disebabkan kita, orang lain rasa tak syok datang kenduri. Sedangkan kita sendiri tu tetamu. Kalau orang tak jemput, memang takdelah kat tempat tu,kan? Kita dahlah habis makan semua, kita tengok meja kat kenduri tu terhad, even kita ni best prengg tahap mana pun dengan tuan rumah tu, janganlah bukak kedai kopi kat situ. Ramai lagi tetamu lain yang datang nak makan semua.

Kedai kopi tu boleh buka lain hari. Jaga adab kita. Kita bawa maruah kita ke tempat orang. Jangan disebabkan kita, orang lain rasa tak selesa datang kenduri tu. Jangan disebabkan tak selesa, orang tu mulalah nak mengungkit ,
" Aku tak datang dah kenduri macam ni. Dahlah meja sikit. Lecah pulak tu!" (Okay, yang tu contoh je eh)

Semuanya jangan, jangan, janganlah senang cerita benda-benda tak elok tu! Aku tadi geram punya pasal even dah cuba saborkan hati still menjeling-jeling makcik tadi tu sambil meneguk air.

Okaylah, setakat ni jelah untuk musim cuti persekolahan kali ni. Budak-budak MRSM cuti 2 minggu je weh! Tak adil betul! Sob sob. Even kami cuti dua hari awal, kami kena balik seminggu awal! Tak balance langsung T___T. Bye, esok kena balik dah. *lambai tangan*

With love, peace & hope,
Assalamualaikum.

p/s: Tadi ayah aku bengang jugak sebab dia sound "Tak tahu pulak ye, kat kenduri ni ada sistem booking meja macam kat restoran tu!". Hahaha 


Thursday, June 5, 2014

Penantian berakhir

Hai, assalamualaikum.
                 Haa, setelah dua minggu menunggu untuk surat pointer sampai, akhirnya sampai jugak hari ni. Seminggu ni dup dap dup dap je rasa sampai nak tidur malam pun tak senang. Eceh...  Alhamdulillah, walau tak banyak mana dan mungkin jugak dugaan untuk aku sebab cukup-cukup makan aje. In Shaa Allah mungkin ada hikmahnya nanti. Mana kita tahu, manusia merancang, Allah yang menentukan,kan?
                 Dan alhamdulillah jugaklah mak dan ayah tak marah cuma memberikan sesi motivasi, sesi menaikkan semangat kawe. Ada 5 bulan lagi sebelum peperiksaan sebenar.
                 "Ni result macam ni mak tak naklah bagi kau harapan cuma teruskan dan tingkatkan usaha. Ada lima bulan lagi. Insyaallah, Allah permudahkan untuk kau nanti. Janji kena ada usaha dan tawakal! Kalau tak berusaha pun tak boleh jugak."-Mak
                 Dulu pun macam ni jugak, masa form 3. Daripada Form 1 sampailah Form 3 , result aku tak pernah memuaskan diri aku even berusaha tahap dewa still macam tu jugak lebih-lebih lagi subjek Maths dan Science aku. Tapi Alhamdulillah, PMR dapat jugak 8A. Selagi ada usaha, selagi tu kita boleh.
                 Aku tengok jugak tweet-tweet orang kebelakangan ni, semua macam dah putus harapan sebab ada lima bulan lagi nak exam, tapi markah still tak meningkat.
                 Then, I be like " Why not? Kenapa tak boleh? Orang lain boleh, kenapa diri kita tak boleh. Mungkin Allah bagi dia lebih sikit daripada kita, bila dia usaha sikit dia dah cemerlang. Maksudnya, kita ni kena usaha lebih daripada dia untuk cemerlang. Semua orang boleh cemerlang."
                Ada lima bulan lagi. Segala-galanya boleh terjadi dalam tempoh lima bulan tu. So, janganlah kita putus asa, tak nak buat apa-apa langsung dah markah kita ada sampai situ je. Aku dulu pun macam tu jugak. Markah dapat sikit, putus asa. Tak nak buat apa dah. Then aku fikir, kalau tak ada aku, besar nanti mak ayah aku siapa yang nak tolong sara? Berbaloi ke tak segala pengorbanan mak ayah aku cari duit semata-mata nak tengok aku berjaya, aku balas dengan kegagalan. Dulu aku tak sedar semua tu. Sampailah Allah bukak mata aku untuk melihat kasih sayang mak dan ayah aku.
                Dan, azam baru aku untuk semester dua ni nak all out dalam semua tugasan yang diberikan. Aku dah tak nak banyak complain dan demand macam-macam. Kurangkan bercakap dan banyakkan berfikir. Tak rugi pun kita timba ilmu. Ada seorang tokoh pernah mengatakan "Takutilah orang yang berilmu. Sesungguhnya, mereka yang berilmu itu mempunyai pelbagai cara daripada mereka yang tidak berlimu."
                So friends, let's not give up yet. We can do it! Sekian entry kali ni.

With love.peace & hope,
Assalamualaikum.

               


My First

Assalamualaikum!
           After several months of thinking (okay, I'm lying) I decided to make a new blog. Sebabnya adalah, aku dah lupa email dan password blog lama aku. Dan, makan masa jugaklah buat blog baru. Seperti biasa, nak edit sana, edit sini, walaupun tak sedap dipandang mata orang lain, mata aku kena sedap pandang jugaklah. Ahad ni aku dah kena balik maktab dan bermulalah sesi semester dua bagi tahun 2014. My final year in MRSM Beseri. Macam tak percaya kot! Rasa macam baru semalam daftar, tup tup aku dah tingkatan tiga dan ambil result PMR, tup tup sekarang aku dah jadi senior sebab dah lima tahun menetap di Beseri. Senior la yo oo je. My life is getting busier (but I don't act like one) because I'm gonna take a really IMPORTANT exam this year.  Dah, dah stop pasal exam.
         Oh ye, aku nak cakap pasal being judgemental. Baru-baru ni, kita dikhabarkan (okey,propa sangat) dengan berita seorang Chinese yang nak masuk Islam. So what's wrong with it? Dah orang tu nak masuk Islam, kita sebagai seorang Islam ni kenalah encourage dia. Ini tak, ada yang siap mengungkit pasal kehidupan silam dia. Aku ni pun bukanlah agama tahap ulama cuma kita kena sentiasa berhijrah ke arah baik. Kan Allah dah kata, orang yang bukan beragama Islam yang masuk Islam, Allah umpamakan dia sebagai seorang bayi ; licin daripada sebarang dosa. Kita tak payahlah dok buat judgemental tak tentu hala, ungkit itu ini, kata itu ini. And sadly, most of the people who're being judgemental are Malays which Islam is their religion. I don't try to sound racist or anything, I just want to state that we have to support others to become a better person. Let's us be a better, proper Muslim. Tak rugi pun kita buat benda kebaikan, kan?
          Ah, satu lagi yang aku perasan sekarang sebagai seorang perempuan. Sekarang dah ramai orang perempuan yang berfesyen tapi still menutup aurat, mengikut syarak. Nampak lawa aje. Baguslah makin lama, makin elok. Tahniah jugak kepada mereka yang mencipta fesyen-fesyen tertentu yang mengikut syarak yang akhirnya menjadi ikutan. Oklah, taknak cakap panjang-panjang, ni entry pertama so ni sajalah kot untuk hari ni.

With peace,love & hope,
Assalamualaikum.
*kenyit mata sikit*