YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 7, 2014

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum.

Hai, aku menyemak lagi. Esok dah kena balik maktab jadi ini mungkin kali terakhir. Mungkin kali terakhir aku update sampailah nunnn cuti raya nanti. Ahhhh, takut gila bila fikir. Trial dan SPM semakin mendekat.

Aku nak cerita pengalaman aku pergi kenduri siang tadi. Lepas ambil makanan semua, aku (yang ditugaskan cari tempat duduk) point out lah pada satu meja ni. Pusing roundabout semua sampai kat meja tersebut mak aku tanyalah sorang perempuan yang duduk kat situ,

"Adik, kerusi semua ni ada orang ke tak?"

"Tak ada. Duduklah,"

So, kitorang nak duduklah, letak semua kotak tisu dan bekas-bekas buangan orang sebelum kami ke tepi, dah prepare nak duduk ni, tiba-tiba makcik depan meja kami bangun,

"Hoi, ni meja orang lainlah. Tak nampak ka? Kan depa pi ambik ayaq tu, satgi depa mai baliklah!" jerkah makcik tu. Dia siap ambil pinggan yang ada atas meja tu sampai hempas-hempas lagi.

Hah! Semua orang di sekeliling tu tengok. Memang syok pun jadi bahan tontonan awam. Guwa ni pun bukanlah sopan-santun, berbudi bahasa sangat bila jumpa dengan orang biadab macam tu. Rasa gatal je mulut ni nak jawab. Ayah aku yang baru on the way nak duduk sekali kat situ pun terkesima gitu. Dan nasib baiklah bateri energy mak aku tak cas penuh. Karang, ada yang bergomol di situ. Hahaha, lawak jaa! Dan yang paling penting, ada dua orang je duduk kat meja yang boleh memuatkan sepuluh orang tu!

So, disebabkan aku tak dapat membebel tadi, meh sini aku nak membebel kepada sesiapa yang baca blog aku.  Kenduri kahwin tu dah satu benda yang baik(kalau diadakan dengan mengikut syarak). Janganlah disebabkan kita, orang lain rasa tak syok datang kenduri. Sedangkan kita sendiri tu tetamu. Kalau orang tak jemput, memang takdelah kat tempat tu,kan? Kita dahlah habis makan semua, kita tengok meja kat kenduri tu terhad, even kita ni best prengg tahap mana pun dengan tuan rumah tu, janganlah bukak kedai kopi kat situ. Ramai lagi tetamu lain yang datang nak makan semua.

Kedai kopi tu boleh buka lain hari. Jaga adab kita. Kita bawa maruah kita ke tempat orang. Jangan disebabkan kita, orang lain rasa tak selesa datang kenduri tu. Jangan disebabkan tak selesa, orang tu mulalah nak mengungkit ,
" Aku tak datang dah kenduri macam ni. Dahlah meja sikit. Lecah pulak tu!" (Okay, yang tu contoh je eh)

Semuanya jangan, jangan, janganlah senang cerita benda-benda tak elok tu! Aku tadi geram punya pasal even dah cuba saborkan hati still menjeling-jeling makcik tadi tu sambil meneguk air.

Okaylah, setakat ni jelah untuk musim cuti persekolahan kali ni. Budak-budak MRSM cuti 2 minggu je weh! Tak adil betul! Sob sob. Even kami cuti dua hari awal, kami kena balik seminggu awal! Tak balance langsung T___T. Bye, esok kena balik dah. *lambai tangan*

With love, peace & hope,
Assalamualaikum.

p/s: Tadi ayah aku bengang jugak sebab dia sound "Tak tahu pulak ye, kat kenduri ni ada sistem booking meja macam kat restoran tu!". Hahaha 


No comments:

Post a Comment