YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 5, 2014

Penantian berakhir

Hai, assalamualaikum.
                 Haa, setelah dua minggu menunggu untuk surat pointer sampai, akhirnya sampai jugak hari ni. Seminggu ni dup dap dup dap je rasa sampai nak tidur malam pun tak senang. Eceh...  Alhamdulillah, walau tak banyak mana dan mungkin jugak dugaan untuk aku sebab cukup-cukup makan aje. In Shaa Allah mungkin ada hikmahnya nanti. Mana kita tahu, manusia merancang, Allah yang menentukan,kan?
                 Dan alhamdulillah jugaklah mak dan ayah tak marah cuma memberikan sesi motivasi, sesi menaikkan semangat kawe. Ada 5 bulan lagi sebelum peperiksaan sebenar.
                 "Ni result macam ni mak tak naklah bagi kau harapan cuma teruskan dan tingkatkan usaha. Ada lima bulan lagi. Insyaallah, Allah permudahkan untuk kau nanti. Janji kena ada usaha dan tawakal! Kalau tak berusaha pun tak boleh jugak."-Mak
                 Dulu pun macam ni jugak, masa form 3. Daripada Form 1 sampailah Form 3 , result aku tak pernah memuaskan diri aku even berusaha tahap dewa still macam tu jugak lebih-lebih lagi subjek Maths dan Science aku. Tapi Alhamdulillah, PMR dapat jugak 8A. Selagi ada usaha, selagi tu kita boleh.
                 Aku tengok jugak tweet-tweet orang kebelakangan ni, semua macam dah putus harapan sebab ada lima bulan lagi nak exam, tapi markah still tak meningkat.
                 Then, I be like " Why not? Kenapa tak boleh? Orang lain boleh, kenapa diri kita tak boleh. Mungkin Allah bagi dia lebih sikit daripada kita, bila dia usaha sikit dia dah cemerlang. Maksudnya, kita ni kena usaha lebih daripada dia untuk cemerlang. Semua orang boleh cemerlang."
                Ada lima bulan lagi. Segala-galanya boleh terjadi dalam tempoh lima bulan tu. So, janganlah kita putus asa, tak nak buat apa-apa langsung dah markah kita ada sampai situ je. Aku dulu pun macam tu jugak. Markah dapat sikit, putus asa. Tak nak buat apa dah. Then aku fikir, kalau tak ada aku, besar nanti mak ayah aku siapa yang nak tolong sara? Berbaloi ke tak segala pengorbanan mak ayah aku cari duit semata-mata nak tengok aku berjaya, aku balas dengan kegagalan. Dulu aku tak sedar semua tu. Sampailah Allah bukak mata aku untuk melihat kasih sayang mak dan ayah aku.
                Dan, azam baru aku untuk semester dua ni nak all out dalam semua tugasan yang diberikan. Aku dah tak nak banyak complain dan demand macam-macam. Kurangkan bercakap dan banyakkan berfikir. Tak rugi pun kita timba ilmu. Ada seorang tokoh pernah mengatakan "Takutilah orang yang berilmu. Sesungguhnya, mereka yang berilmu itu mempunyai pelbagai cara daripada mereka yang tidak berlimu."
                So friends, let's not give up yet. We can do it! Sekian entry kali ni.

With love.peace & hope,
Assalamualaikum.

               


No comments:

Post a Comment